Keseluruhan luas tapak cadangan 45 ekar melibatkan 8 lot. Kepadatan dibenarkan : 10-24 unit/ekar. Cadangan guna tanah untuk Pembangunan Perumahan, Perdagangan dan Kemudahan awam / Infrastruktur
Susunatur perancangan tapak yang mengambil kira kedudukan dan keadaan simpang sediada. Cadangan laluan masuk dan keluar utama ke kawasan cadangan pembangunan yang strategik dan memberikan impak “sense of welcoming‟ yang baik. Kedudukan persimpangan yang ada mempengaruhi Susunatur Perancangan Keseluruhan Cadangan dari segi keselamatan kepada penduduk dalaman. Tapak cadangan mempunyai jalan keluar masuk yang sangat baik dari segi aspek kemudahsampaian berdasarkan keadaan semasa tapak. “Entrance Statement” yang paling berpotensi bagi tapak cadangan melalui jalan utama Pekan Sepang ke Pekan Sg.Pelek berukuran 132 kaki.
Cadangan Akses Utama dari Jalanraya Utama B20 dari pekan Sepang / KLIA ke pekan Sg. Pelek untuk kemudahan keluar/masuk. Cadangan 3 akses yang sesuai untuk kepadatan cadangan pembangunan disamping menitikberatkan faktor keselamatan keluar /masuk. Sirkulasi jalan dalaman yang mengikut piawaian Jabatan Pembangunan Bandar dan juga lebih mudah untuk penggunaan bagi mengelakkan kesesakan dalam laluan. Penyediaan beberapa kawasan lapang hijau yang memenuhi kehendak 10% Jabatan Perancangan Bandar dan menerapkan tasik buatan seluas 5% daripada keseluruhan tapak sebagai nadi pembangunan bercampur. Cadangan Jalinan Laluan Pejalan Kaki dan Lanskap Jalanraya di dalam jalinan laluan dalaman pembangunan untuk memberi impak pembangunan berteraskan “Konsep Hijau‟ untuk kualiti pembangunan dan kehidupan yang lebih baik. Mewujudkan rangkaian rekreasi yang lebih efisyen untuk kehidupan pengguna yang lebih sihat dan segar.
Susunatur Orientasi bangunan yang mengambilkira faktor Turun – Naik cahaya matahari bagi mendapatkan ruang dalaman bangunan yang lebih efisyen dan selesa kepada pengguna. Susunatur orientasi bangunan yang lebih rapi dan teratur untuk penyediaan alamat dan impak kepadatan yang baik. Susunatur yang dapat mengelakkan ruang-ruang negatif untuk bangunan dan juga kawasan luaran serta untiliti infra pembangunan. Cadangan Pembangunan yang menyediakan majoriti Zon Kediaman bersama Zon Sokongan (fasiliti) yang cukup seperti Dewan, Surau, Pencawang, Zon Kawasan Hijau, Tasik Buatan dan Zon Komersial. Zon Komersial yang diletakkan dibahagian yang paling strategik iaitu berhadapan dengan Jalanraya Utama